Apakah Matlamat MATLAMAT.COM?

Pengenalan

Matlamat.com ini adalah sebuah madah untuk saya kongsi pengajaran dan buah fikiran mengenai kejayaan dan pencapaian matlamat.

Kita wujud di dunia ini ada matlamatnya. Seperti firman Allah SWT dalam Quran:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْاِنْسَ اِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku

Az-Zariyat Ayat 56

Matlamat utama kejadian manusia sudah jelas: Beribadah kepada Allah SWT adalah matlamat nombor satu kita dijadikan.

Allah juga berfirman bahawa manusia ini dijadikan sebagai khalifah di muka bumi seperti ayat:

وَاِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ ِانِّيْ جَاعِلٌ فِى الْاَرْضِ خَلِيْفَةً ۗ قَالُوْٓا اَتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُّفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاۤءَۚ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۗ قَالَ اِنِّيْٓ اَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُوْنَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Al-Baqarah Ayat 30

Khalifah ini pemimpin. Kita diamanahkan untuk jaga dunia ini sebaik-baik mungkin. Salah satu sifat pemimpin ialah berorientasikan matlamat (goal-oriented).

Keupayaan merancang dan mencapai matlamat adalah skil penting supaya kita dapat menjadi khalifah yang baik. Lebih-lebih lagi Allah berfirman dalam Surah At-Tin Ayat 4:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْاِنْسَانَ فِيْٓ اَحْسَنِ تَقْوِيْمٍۖ

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

At-Tin Ayat 4

MEMERAH POTENSI

Kita Allah ciptaan dengan sifat yang sebaik-baiknya. Ini bermakna setiap orang mempunyai potensi untuk berjaya. Potensi ini tidak akan datang begitu sahaja. Ia perlu diperah.

Diperah dengan usaha, strategi, taktik, dan penambah-baikan berterusan.

Inilah matlamat Matlamat.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *